Kerjaya Emelda Rosmila

Emelda, lebih mesra dengan panggilan Mel, memulakan kerjaya hiburan sejak 2000 dan telah menjayakan beberapa drama dan telefilem.[5][3]

Beliau paling dikenali menerusi watak sebagai Manja dan Lara dalam drama Manjalara yang bersiaran dari 7 Mei hingga 12 September 2007 di Slot Akasia TV3. Ia berkisarkan mengenai seorang gadis bertubuh gempal yang bersusah-payah meraih perhatian yang positif gara-gara saiz badannya, namun adanya orang yang menunjukkan rasa prihatin kepadanya.[6]

Kerjaya teater Emelda bermula pada 2008 menerusi pementasan teater P. Ramlee the Musical musim kedua, beliau menjayakan watak sebagai Azizah. Ia turut dijayakan oleh Musly Ramlee, Liza Hanim, Melissa Saila dan Atilia Haron.[7] Pada tahun yang sama, beliau muncul dalam drama Kekasihku Seru, memegang dua watak iaitu Marissa dalam latar moden dan Mastura dalam latar 1910-an. Ini merupakan kali pertama beliau berlakon dalam drama seram, Emelda berkata: "Saya selalu berhati-hati dan menjaga perlakuan supaya tiada yang datang 'mengganggu'. Selain itu, untuk kebanyakan adegan saya terpaksa berlakon berseorangan. Saya juga terpaksa melakukan banyak adegan lasak untuk menyelamatkan diri daripada Waris yang selalu mengekori saya."[8]

Beliau membuat penampilan sulung di layar perak dengan membintangi filem Cinta Terakhir arahan Eddie Pak pada 2009. Pada tahun sama juga, Emelda berlakon bersama Shaheizy Sam dalam drama Kasanova XXL di Slot Aksi TV3.[9]

Dari 26 hingga 31 Ogos 2017, Emelda memegang watak sebagai jururawat klinik dalam siri drama patriotik Anak Merdeka lakonan Remy Ishak, Elvis Chin dan Thanuja Ananthan.[10]

Emelda memegang watak sebagai Datin Helena dalam drama adaptasi Cinta Tiada Ganti, adaptasi dari drama Filipina lakonan Addy Ashraf dan Nelydia Senrose. Ia mengisahkan percintaan Ara dan Mukhriz yang penuh dengan ujian.[11]

Rujukan

WikiPedia: Emelda Rosmila http://www.emeldarose.com/index.php/2015/08/25/adl... http://www.imdb.com/name/nm5829633/ http://www.emedia.com.my/detailnews.php?nid=4215&c... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://ww1.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2015&d... http://www.kosmo.com.my/hiburan/profesional-cara-s... http://www.mstar.com.my/artikel/?file=/2008/6/3/HI... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/emelda-rosmi... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/ingin-bayi-p...